BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 19 December 2011

Kitaran Kehidupan

      Sepanjang bulan Nov dan Dis ini,amat banyak majlis perkahwinan yang dilangsungkan sempena cuti sekolah yang panjang..ini bermakna banyak jugalah surat-surat dan kad saman (istilah menggantikan kad jemputan) yang kaloi terima.Seboleh-bolehnya kaloi ingin sekali menghadiri setiap majlis yang diadakan itu namun atas kekangan masa dan tugas, maka hanya sebahagian majlis sahaja yang kaloi dapat menghadiri diri. Kaloi memohon kemaafan jika tidak dapat memenuhi undangan tersebut.Walau bagaimanapun, isu yang ingin kaloi utarakan kali ini ialah bukan jumlah undangan yang diterima, tetapi jumlah populasi dunia yang bakal meningkat tahun demi tahun, bulan demi bulan.hari demi hari malah saat demi saat....Kita sedia maklum taraf kesihatan penduduk dunia semakin baik, maknanya makin panjang umur seseorang itu, manakala jumlah kelahiran bayi semakin meningkat, jadi pada satu tahap nanti akan berlaku kesesakan yang amat sangat di dunia ini.

      Baru terlintas dalam fikiran kaloi,adakah serangan penyakit berjangkit,kes-kes jenayah,kemalangan jalan raya, malah berlakunya peperangan adalah menjadi penyebab kepada keseimbangan kehidupan manusia? Ini kerana kebanyakan kejadian tersebut adalah penyumbang jumlah kematian yang tertinggi di dunia.Secara tidak langsung hal ini dapat menyeimbangi kadar kelahiran dengan kadar kematian agar dunia kita terus berada dalam keseimbangan....Walahuallam.