BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday 10 January 2014

APABILA KITA JADI KETUA...
        Seorang rakan baik Kaloi baru dinaikkan pangkat dalam sebuah jabatan kerajaan baru-baru ini.Rasanya masih belum terlambat untuk Kaloi ucapkan tahniah atas lantikan teman Kaloi itu.Kaloi tumpang gembira kerana akhirnya teman Kaloi itu berjaya dalam cita-citanya untuk menjadi seorang KETUA.Dia sering  bersunggut kerana sudah lama (hampir 20 tahun) bekerja, namun masih belum menjadi KETUA.Jadi, apabila dia dilantik jadi KETUA, maka masa itu juga ia menelefon Kaloi untuk memberitahu berita gembira tersebut.Dalam perbualan telefon tu,dia menyatakan sudah ada pelbagai rancangan dan perubahan yang akan dilaksanakan bagi memperbaiki dan meningkatkan kualiti tempat kerjanya. Kaloi hanya menjadi pendengar setia kerana Kaloi tak mahu mengganggu keghairahan ceritanya...Kaloi amat berharap dia dapat mentadbir jabatanya dengan baik dan cekap ,sesuai dengan title KETUA.
         Cuma Kaloi tidak dapat nak membayangkan bagaimana situasi jabatannya nanti kerana sepanjang tempoh Kaloi mengenalinya (sejak Darjah 1 hingga ke Universiti) sifat meninggi diri,ego,cepat panas baran dan tidak mahu dengar kritikan orang lain memang telah terpahat lama dalam sanubarinya....Jika dia tidak dapat mengubah sikap tersebut, Kaloi tak tahulah situasi dan iklim di tempat kerjanya tu nanti...Kaloi harap tidak akan berlaku sebarang perkara yang tidak diingini berlaku....
          Berdasarkan perancangan yang telah teman Kaloi nyatakan itu, jika berjaya nanti,pastinya jabatannya akan menjadi lebih baik....TAPI, itu semuanya perancangan teman itu sendiri tanpa perbincangan staf-staf tempat kerjanya....apakah semua perancangan itu sesuai ditempat kerjanya? Apakah semua staf akan bersetuju? Adakah dapat kelulusan pihak atasannya? Atau itu semua SYOK SENDIRI....maklumlah AKU KETUA!....Untuk mendapatkan jawapan persoalan itu...Kaloi akan hubungi teman Kaloi itu lagi 2 bulan dari sekarang. Pastinya Kaloi akan dapat jawapannya.......Kaloi harap dia fikir dan fahami permasalahan orang lain juga, walaupun mereka pekerja BAWAHAN sahaja.....

Monday 19 December 2011

Kitaran Kehidupan

      Sepanjang bulan Nov dan Dis ini,amat banyak majlis perkahwinan yang dilangsungkan sempena cuti sekolah yang panjang..ini bermakna banyak jugalah surat-surat dan kad saman (istilah menggantikan kad jemputan) yang kaloi terima.Seboleh-bolehnya kaloi ingin sekali menghadiri setiap majlis yang diadakan itu namun atas kekangan masa dan tugas, maka hanya sebahagian majlis sahaja yang kaloi dapat menghadiri diri. Kaloi memohon kemaafan jika tidak dapat memenuhi undangan tersebut.Walau bagaimanapun, isu yang ingin kaloi utarakan kali ini ialah bukan jumlah undangan yang diterima, tetapi jumlah populasi dunia yang bakal meningkat tahun demi tahun, bulan demi bulan.hari demi hari malah saat demi saat....Kita sedia maklum taraf kesihatan penduduk dunia semakin baik, maknanya makin panjang umur seseorang itu, manakala jumlah kelahiran bayi semakin meningkat, jadi pada satu tahap nanti akan berlaku kesesakan yang amat sangat di dunia ini.

      Baru terlintas dalam fikiran kaloi,adakah serangan penyakit berjangkit,kes-kes jenayah,kemalangan jalan raya, malah berlakunya peperangan adalah menjadi penyebab kepada keseimbangan kehidupan manusia? Ini kerana kebanyakan kejadian tersebut adalah penyumbang jumlah kematian yang tertinggi di dunia.Secara tidak langsung hal ini dapat menyeimbangi kadar kelahiran dengan kadar kematian agar dunia kita terus berada dalam keseimbangan....Walahuallam.

Saturday 21 May 2011

Tamaknya kita !!!

Baru-baru ini, sempena sambutan hari guru 2011, kerajaan telah mengumumkan kenaikan gred Pengetua DG48 ke DG52 dan Penolong Kanan Sek Menengah dari DG44 ke DG48. Bersyukur kaloi mndengarkan berita baik ini.Tahniah kepada rakan-rakan kaloi yang mendapat rezeki Tuhan itu, dan kaloi tumpang gembira,apa taknya mungkin kaloi salah seorang daripadanya....Tetapi beberapa orang rakan kaloi yang berada dalam gred DGA melahirkan perasaan tidak puas hati atas pengumuman PM itu. Kata mereka, kerajaan tidak berlaku adil dan meminggirkan jasa mereka. Tersenyum kaloi mendengarkannya. Tersenyum kerana perasaan tak puas hati itu diungkapkan dengan penuh perasaan dan beremosi sekali. Selepas habis rakan kaloi itu meluahkan perasaannya itu, kaloi pun bertanya kepada rakan kaloi itu...Tahun lepas golongan mana yang dapat imbuhan? Tahun sebelumnya ,golongan mana yang dapat kenaikan? Dengan selamba rakan kaloi itu menjawab golongan DGA dan bukannya golongan DG41/DG44/DG48 dan DG52. Masa tu ada tak golongan itu memprotes kurniaan tersebut? Tiada..Kerana golongan itu reda dan bersyukur yang rakan-rakan mereka (DGA) mendapat rezeki dan tumpang gembira...sepatutnya tahun ini golongan DGA bersikap serupa iaitu bersyukur dan ucapkan tahniah kepada rakan-rakan DG44/48 dan DG48/52 mereka itu kerana telah diberikan rezeki tahun ini setelah lama terpinggir...Kaloi sempat berpesan kepada rakan kaloi yang raut wajahnya masih mencuka itu, berlaku rasional,bersyukur dan jangan tamak...jangan iri hati atas rezeki orang lain. Jika tidak sekarang, mungkin tahun depan....insyallah.

Friday 6 May 2011

musuh no.1

Beberapa hari ini, kaloi sudah banyak mendengar keluhan dan rungutan rakan-rakan dan teman-teman kaloi tentang karenah kawan karib mereka.Seringkali mereka bertanya kepada kaloi, apakah kaloi mempunyai teman karib dalam kehidupan? Jawapan kaloi adalah mudah.Hanya 5 huruf sahaja - TIADA. Kaloi memang tiada rakan karib bukan kerana kaloi seorang yang sombong atau tidak mempunyai rakan, tetapi kaloi berpegang kepada perinsip BERKAWAN BIAR SERIBU. Ada ungkapan menyatakan MUSUH UTAMA kita adalah RAKAN KARIB kita sendiri..Bunyi pelik tapi memang ada kebenarannya..Semasa kita ada rakan karib,maka dialah tempat kita berkongsi cerita suka mahupun duka, dialah juga tempat kita berkongsi masalah,dia jugalah tempat kita berkongsi rahsia....tetapi apabila berlaku perselisihan maka segala yang buruk yang selama ini kita kongsi bersama akan tersebar luas dan tiada lagi rahsia yang ada pada kita.Semuanya dihamburkan oleh bekas rakan karib kita itu...Pada masa itulah RAKAN KARIB menjadi MUSUH PALING DIBENCI....Oleh itu biarlah kita berpada-pada jika berkawan. Berkawanlah dengan sesiapa sahaja yang ingin berkawan dengan kita tanpa mengira ras,jantina mahupun darjat...biarlah kita mempunyai SERIBU RAKAN daripada SATU MUSUH...

Monday 8 November 2010

Satu aje Mulut???

Masa ini, hari ini dan jam ini , kaloi menghadiri satu taklimat yang penting. Penting yang bagaimana tu tak perlulah kaloi jelaskan kerana hal ini memang penting kerana melibatkan masa depan para pelajar yang bakal meninggalkan alam persekolahan.Semasa taklimat berlangsung, kaloi duduk di bahagian belakang sekali, bukannya kaloi tak suka duduk saf depan, tapi sebenarnya kaloi suka menjadi pemerhati gelagat manusia dalam situasi yang tidak formal,yang tidak dibuat-buat dan tidak mengaksikan sebarang babak lakonan dunia.
Tersentuh hati kaloi melihat gelagat peserta taklimat yang asyik berbual dan tidak mengendahkan butir bicara pemberi maklumat dibahagian depan dewan.Begitu bersemangat dan bersungguh-sungguh mereka memberikan taklimat,namun sambutan hanyalah di bahagian hadapan audiens sahaja, sedangkan di bahagian belakang dewan para peserta hanya berborak kosong dan membuat kerja sendiri,seolah-olah tidak mengendahkan keadaan sekeliling sedangkan mereka inilah yang akan kembali ke destinasi masing-masing dan akan memberikan taklimat yang sama pada peringkat bawahan di tempat masing-masing....
Teringat kaloi akan kebesaran Tuhan dalam mencipta makhluknya.Mengapa Tuhan menciptakan manusia dengan 2 tangan, 2 kaki, 2 telinga dan 2 mata tetapi hanya 1 mulut?? Jawapannya amat mudah....semudah ABC ! Tuhan mahukan makhluknya untuk BANYAKKAN BEKERJA dan KURANG BERCAKAP !!!

Melalui kurniaan Tuhan inilah yang menginsafkan kita akan kebesaran Tuhan akan ciptaannya yang memang mempunyai pelbagai kelebihan. Kita sebagai manusia hanya perlu melihat segala aspek tersurat mahupun yang tersirat......Oleh itu jagalah mulut kita,kurangkan bercakap,lebihkan bekerja....sekian.

Tuesday 15 June 2010

Tangis kerana Tawa

Salam untuk semua,
Sudah agak lama kaloi tidak berkata dan meluah rasa, bukan kerana ketandusan idea tapi hanya faktor kekangan masa dan bebanan kerja membuatkan kaloi membisu seketika.Kaloi tak pasti adakah segala pandangan dan pendapat kaloi ini dibaca orang atau tidak, namun kaloi hanya mahu berkongsi idea bersama-sama.Ramai rakan kaloi yang berkata "mengapa songsang bila berbicara,mengapa menongkah arus biasa dan mengapa ,mengapa dan mengapa???
Sebenarnya kaloi tak menongkah arus, kaloi tak songsang bicara, kaloi hanya mahu membuka minda bahawa disebalik sesuatu pasti ada lagi sesuatu, yang kebiasaannya orang tidak mahu ambil pusing, tidak mahu ambil peduli dan tidak mahu ambil kesah.
Sepanjang 2-3 minggu ini, beberapa teman dan jiran kaloi telah mendapat cahaya mata.Tahniah kaloi ucapkan. Nampaknya semakin ramailah umat manusia di dunia ini.Pada masa yang sama beberapa jiran dan teman kaloi juga telah meninggal dunia.Takziah kaloi ucapkan.Inilah kitaran hidup.Yang pergi akan diganti dengan yang baru, dan proses ini berlangsung terus.
Terfikir kaloi akan sesuatu, Anak yang lahir disambut dengan tawa ria oleh orang sekeliling.....
                                         Anak yang lahir menyambut tawa itu dengan tangisan......
                                         Orang yang mati disambut dengan tangisan oleh orang sekeliling....
                                         Orang yang mati menyambut tangisan itu dengan ?????
Entahlah kaloi sendiri tak tahu nak memberi jawapannya. Cuma kalau diperhalusi proses kitaran hidup di atas,kita dapati berlaku sedikit perbezaan dan kontra dan perlu diperhalusi sebab musebabnya.Pasti ada hikmah disebalik peristiwa ini..Itulah yang kaloi ingin semua orang berfikir dan menjana minda, bahawa yang tersirat lebih bermakna daripada yang tersurat, bukan cukup sekadar melihat tapi gunakanlah makrifat..

                       "DARI TUHAN KITA DATANG, KEPADA TUHAN KITA KEMBALI"